Monday 11 April 2011

Nama Saya Jamal ( Part 1)

Suasana sunyi menyelubungi bas persiaran Mewah sakti yang membawa lebih kurang 40 orang peserta latihan kem khidmat negara untuk sesi terbaru.Jamal duduk di bahagian paling belakang sekali di dalam bas sambil memandang kearah luar.ibu bapa jamal datang sejak awal pagi lagi untuk menghantar jamal iaitu anak tunggal dalam keluarga untuk mengikuti sesi latihan khidmat negara.Pemandu bas yang sedang menghisap rokok segera memijak putung rokok selepas menerima arahan dari jurulatih - jurulatih yang memantau pergerakan peserta pada hari pendaftaran.Hati Jamal semakin berdebar, Muka pemandu bas yang iras-iras harun salim bachik telah meletakkan punggungnya die atas kerusi bahagian pemandu.Enjin bas pula dihidupkan, naluri kincit jamal semakin meluap luap.Jamal yang mempunyai rekod buruk sejak sekolah rendah semakin takut akan latihan yang bakal dijalankan. Abang bas memulakan perjalanan,ibu bapa jamal pula melambai dengan penuh rasa gembira dengan harapan jamal akan pulang selepas insaf seperti iklan PLKN di televisyen. Baru 5 minit bas tersebut memulakan perjalanan, seorang jurulatih yang menaiki bas yang sama mula mengeluarkan amaran

"Salam, Nama saya ahmad, panggil saya cikgu mat...Paham tak?"
"paham...~"
"cakap paham cikgu la mangkok"(dalam nada yang agak black mentor sikit)
"paham cikgu!!~"

cikgu mat memulakan hari yang malang dengan muka yang agak ketat. Jamal dapat merasakan yang dia bakal dimasukkan ke neraka dunia. Mulut cikgu mat yang tidak kurang juga lebarnya tidak berenti henti bercakap dengan abang bas.Asyik asyik borak pasal janda yang menjaga kaunter pendaftaran tadi.Perjalanan memakan masa hampir satu jam. budak perempuan yang duduk dihadapan jamal tidak berhenti henti menangis dari tadi.mungkin mengenangkan nasib yang bakal dilalui, mungkin juga tidak dapat berjauhan dengan boifrennya, atau mungkin tidak tahan nak berak..di sebalah kiri jamal pula ada dua orang budak lelaki, mungkin diorang kawan baik sejak dari sekolah,cara diorang bersalaman pon mempunyai style yang sendiri,siap petik2 ibu jari...carutan di hati jamal semakin menjadi jadi..selepas hampir satu jam perjalanan..sambil memandang kearah luar, Jamal perasan yang dia telah memasuki kawasan latihan khidmat negara..tertelan air liur jugak jamal bila ternampak berberapa jurulatih sedang menunggu di hadapan bilik pengawal keselamatan sambil memegang kayu cota berwarna hitam..abg bas juga masih meneruskan perjalanan menuju ke dewan besar untuk "check in" pelatih baru..

"Ok..dah sampai..semua boleh turun sekarang.."
"sekarang, saya nak semua orang pergi berkumpul dekat dewan.."kata cikgu mat dengan nada yang tegas.

Semua pelatih turun dari bas dengan hati yang berat.ade juga dua tiga "berok" yang melompat lompat keseronokan.Jamal masih berberat hati untuk turun dari bas.Tiba - tiba cikgu mat menjerit

"Siapa yang turun paling lambat, saya akan denda dia.."

Masing masing melompat keluar dari tempat duduk mereka, ada yang melangkah dari tempat duduk ke tempat duduk, ada yang merangkak, ada yang keluar ikut pintu kecemasan, dan ada juga yang keluar mengikut ruang enjin dibawah bas..Dalam suasana kelam kabut, jamal tidak dapat berbuat apa apa..Jamal juga ditolak sehingga jatuh dan menyebabkan Jamal adalah orang terakhir yang turun dari bas..Baru saja Jamal ingin melangkah keluar dari anak tangga bas yang terakhir, baju jamal ditarik oleh cikgu mat dengan misai tajam cikgu mat bergerak keatas dan kebawah.

"kau ingat kau hensem ke nak turun lambat lambat nie"
"mane ade saya hensem bang, makwe pon takde..kat sini la saya nak tackle makwe"
"cilake kau, kau ingat aku abang kau?panggil aku cikgu paham tak?"
"faham cikgu.."
"tu ape dalam poket seluar kau tu?"
"Handphone nokia cikgu.."
"Tu, poket sebelah lagi tu ape?"
"erm, Rokok Dunhill 20 cikgu"

Panggg!!!!....Tangan cikgu mat tepat melekat di pipi jamal..Memang tepat sasaran cikgu mat, tak sia sia lah dia memasuki akademi polis bahagian penembak tepat...Terasa cam nak tecabut gak gigi jamal, itu time, pakai colgate kaviti pon takde effect..lagi lagi kalau orang yang dalam iklan check gigi depan sekolah tu ade kat situ, memang tak pasal - pasal makan colgate seumur hidup..

"Barua kau, kau tak tau ke undang undang kat sini tak boleh bawak rokok"
"mane saya tau cikgu"
"Kalau tak tau, tanya la..kau bisu ke?takde mulut?"
"dah2, kau bagi sini rokok tu..rokok aku pon dah habis.." cikgu mat menge-pow rokok jamal"

Jamal pula hanya terdiam sambil memandang kearah bawah..terkedu gak jamal menahan saket penampa cikgu mat..Jamal meneruskan perjalanan dari bas ke arah dewan.kelihatan beberapa pelatih muda terkincit ketakutan melihat jamal ditampar oleh cikgu mat yang be-perwatakan beruang kutub..baru saja ingin melangkah masok ke dewan, langkah jamal terhenti.Rupa rupanya ramai juga senasib dengan jamal memasuki latihan khidmat negera.Ada lebih kurang dua ratus pelatih yang baru nak daftar.Semuanya dah ada member.Jamal mula mengorak langkah kedalam dewan sambil berfikir dan mencari kat mana dia nak lepak.Sambil pandang muka seorang sorang, jamal cuba mencari siapakah yang agak2 boleh masuk sama kepala dengannya.Kelihatan dipenjuru kiri dewan beberapa budak indie sedang membuka lagu hujan di henpon sambil nyanyi bersama sama.arghhh, Jamal tolak bulat2..di sebelah tengah pula, kelihatan beberapa budak nerd memakai cermin mata berbingkai hitam besar dan gigi dipagar (braces)."demm,tak boleh jadi ni,takde ke yang rupa manusia sikit" bisik hati jamal..jamal meninjau di bahagian belakang pula, kelihatan beberapa budak rempit felda yang memakai cermin mata besar berwarna kuning gelap dan rambut berwarna perang sepenuhnya sedang membuat gaya gaya merempit diikuti dengan cerita gebang..Jamal mula tak sedap hati, hilang terus mood dia..nak ke penjuru kanan, tempat duduk budak perempuan..silap silap melekat gak buku lima cikgu mat kat rangka badan jamal, sia2 je nanti blaja guna kain anduh kat skola time kelab bulan sabet merah dlu...Tanpa memikir banyak, Jamal terus menuju kearah barisan paling hadapan dan duduk di tempat kosong.Beg baju jamal diletakkan diatas kerusi sebelah kanan. Tiba tiba...."Hoiiiiiiii!!!!!"



To Be besambung...

No comments:

Post a Comment

PENGUTUK...